Program “Internet? Use It Right! Siri II
2 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27, 28 Februari sehingga 1 Mac 2019 telah diadakan Program “Internet? Use It Right! Siri II di Pusat Kokurikulum, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Program ini adalah kerjasama antara Pusat Internet Wilayah Tengah bersama-sama Pusat Kokurikulum dan merupakan Siri yang kedua berjaya diadakan. Seramai 200 orang pelajar telah turut serta di dalam program dan menyertai aktiviti yang telah dijalankan.
Sepanjang program berlangsung, warga UiTM Shah Alam telah didedahkan dengan pelbagai kempen-kempen di bawah MCMC dan mewujudkan pelbagai kesedaran terutamanya keselamatan semasa melayari internet. Antara kempen-kempen yang telah dilaksanakan seperti Klik Dengan Bijak (KDB), Check Your Label, Mobile e-Waste & Tidak Pasti Jangan Kongsi. Program ini disambut baik oleh semua pihak dan diharapkan akan berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: